Direka untuk memastikan makanan kekal segar, selamat dan siap dinikmati pada bila-bila masa tanpa pengawet dan dengan pemanasan yang mudah.
TEKNOLOGI MAKANAN
Bagaimana KEMBARA Meals mampu bertahan sehingga 2 tahun tanpa bahan pengawet?
Setiap hidangan dimasak dalam bekas berlapis khas yang membolehkan proses pensterilan melalui kaedah retorting. Teknologi ini pada asalnya dibangunkan oleh NASA untuk memastikan rasa dan nutrisi semula jadi kekal terpelihara dalam setiap bahan.
TEKNOLOGI PEMANAS SENDIRI
Kini anda boleh memanaskan makanan tanpa api atau dapur! Hidangan KEMBARA mengambil masa hanya 8–10 minit untuk dipanaskan, membolehkan anda fokus pada perkara lebih penting daripada memasak. Pembungkusannya direka dengan gabungan lapisan bahan khas dan penutup kedap yang membolehkan proses pemanasan berlaku dengan berkesan. Hidangan KEMBARA boleh dipanaskan di mana sahaja, pada bila-bila masa. Hanya tambah apa sahaja cecair air laut, air sungai, air paip, kopi, soda (ya, apa sahaja!) dan anda boleh menikmati hidangan panas dan lazat terus dari paket.
No CS 23A, Jalan Puteri 2A/6, Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
Disahkan oleh
Maklumat yang terkandung di dalam laman web ini adalah untuk tujuan informasi umum sahaja. Maklumat disediakan oleh Kembara Meals Sdn Bhd, dan kami berusaha memastikan segala kandungan adalah terkini dan tepat sebaik mungkin. Apabila anda melawat atau berinteraksi dengan laman web, perkhidmatan, aplikasi, alat atau sistem mesej kami, kami atau penyedia perkhidmatan yang dilantik mungkin menggunakan kuki, suar web (web beacons) dan teknologi lain yang serupa untuk menyimpan maklumat bagi membantu menyediakan pengalaman yang lebih baik, pantas dan selamat, serta untuk tujuan pengiklanan.
2025 MealX Industries Sdn. Bhd (221448-A). Hak Cipta Terpelihara
Reka Bentuk & Pembangunan Oleh Senicode Solution Sdn Bhd